Monday 16 May 2011

I miss him :(

Omg, dah beberapa hari nie kitaorg tak text. Sumpah sedih uh :'( aku rindu dia, mungkin kitaorang jarang text sebab ex dia. Ex dia tu kawan aku juga, aku kena sabar je lah dengan dia. Semua nie demi kebaikan aku dengan dia and aku tak nak kawan aku sendiri kecil hati dengan aku. Tapi bukan aku yang nak kenal dengan dia. Dia yang nak kenal dengan aku and d tiba dia ambil phone aku text meseg dekat num dia but its okay, kalau nak kawan aku tak kisah sebab kawan lebih baik. Demi hubungan kitaorang ini :) Btw I miss You capital U <3

Lots of Love,
Maya Bellina :(

Handsome boy :)

Minggu Lepas, Amalina call aku tapi aku tak angkat sebab masa tu aku tengah on the phone dengan ex-boyfriend aku sebab aku nak selesaikan masalah dengan dia. lepas saje settle masalah aku dengan dia, aku call Amalina balik tapi dia tak angkat. Dalam beberapa minit kemudian, dia call aku suruh siap sebab nak keluar dengan abang dia. bila fikir balik ' abang dia? sejak bila Amalina ada abang nie' then aku tanya lah dia, " sejak bila kau ada abang?" dia cakap abang angkat yang pernah dia cerita so aku pun siap. dia datang ambil aku dkt rumah dalam pukul 2:40. Bila dia sampai je hati berdegup dengan laju. aku takut sangat then Amalina lambai tangan dekat aku sebab aku cari kereta dorang tak jumpa sebab dorang parking dekat tempat lain. Abang dia sumpah gentle sebab dia bukak pintu kereta untuk aku tak semua lelaki macam tu kot, lepas aku masuk dalam kereta abang dia tanya " siapa nama?" aku jawab " maya" then dia tanya "maya? maya apa? maya karin? or what? " then aku gelak sebab dia tanya soalan bodoh. Then amalina pula lapar sebab dia tak makan satu hari so aku sebagai kawan baik and aku sayang dia, kita pergi makan dekat restoran berkeley. Bila sampai je di restoran tu, kitaorg boleh pula tukar-tukar meja. hohoh abang dia lah memilih sangat tempat. urghh ! Bila waiters sampai dekat meja kitaorg dia boleh main-main pula nak order mcm budak budak. Abang dia cakap dekat yang aku nie sweet? huh? sejak bila aku sweet nie, mana ada sweet. hihihih tapi seriously, abang dia comel sgt sebab tu aku diam je and tak banyak cakap. Eleh, bru first meet dia cakap aku diam macam orang bisu memang sebab malu then nanti 2nd meet kau tengok aku bising macam mana. hahahha Btw nie first time aku meet dia and abang kesayangan dia pakai baju kurung babe, hohohoh. Nie je lah yang aku boleh cerita sebab aku rasa ngantok dan nak tido. huahuahua :)

Lots of Love,
Maya Bellina :)


Wednesday 13 April 2011

14th April 2011

Wahh, esok anniversary aku dengan dia tapi semuanya sudah berakhir dengan baik. Aku lepaskan dia dengan hati terbuka walaupun sedih sangat-sangat. kelmarin and malam tadi, non stop aku menangis mungkin sebab perasaan sayang aku terhadap dia tak pernah hilang. Eventho kau jauh dengan aku, Aku jauh dengan kau. Aku tetap tunggu kau walaupun terlalu lama dan dugaan yang terlalu banyak. kita sama-sama sabar untuk mengharungi semua ni. Kalau kau dah ada specials girlfriend bagitahu aku, sebab aku nak sangat kau happy dengan dia. aku tak nak kau sedih. aku nak kau bahagia bila berada disamping dia. aku hanya mendoakan kebahagiaan kau. Kau lah merancangkan segalanya dan Tuhan yang menentukan. Kau jangan sia-siakan hidup dia, bila kau dah dapat dia, kau sayang dia macam mana kau sayang aku. Aku tak nak dia nangis sebabkan orang lain. Aku nak kau jaga hubungan dengan dia walaupun kau dengan aku tidak dapat jaga hubungan kita pada waktu dulu. apa-apa pun aku tetap sayang kau <3 I Love You


Lots of Love,
Maya Bellina,

Berat hati nak tinggalkan shah alam and klang

Sabtu dan ahad ada celebrate birthday iqwal, then after balik terus pergi klia. flight aku sepatutnya sabtu pg pkul 5am, tapi aku tukar kepada hari ahad malam, pkul 8. haihh sedihh sgt nak tinggal tmpat ni :'( kenapa sekarang baru aku kena pergi? kenapa tak lepas spm je? hurmm takpe lah, aku pergi bukan lama pun. aku pergi sekejap je dalam hujung bln nie atau awal blan 5 or 6 aku balik lah. tapi orang yang aku sayang mcm mna? sanggup ke dia tunggu? hurmm aku takut dia ada perempuan lain sebab dia dekat sini boleh buat apa yang dia suka. aku tak nampak dia kan? haih takpa lah, aku redha je lah dgn pemergian dia. aku terima semua itu walaupun berat sangat hati aku nak lepaskan dia? :'( hati aku terlalu sayangkan dia. Tapi takpa, aku akan cuba lupakan dia. aku pun nak dia happy dekat sini. aku tak nak dia bosan bila aku tak ada dkt sini. Haihh aku nak lepas semua dengan cara baik :') harap bila aku takda semuanya pndai jaga diri okay? I LOVE YOU ALL <3 gonna miss you


Lots of Love,
Maya Bellina,

Tuesday 29 March 2011

Sick :(

Minggu lepas pergi hospital, dr cuma check darah untuk demam and penyakit lain. Today, pergi hospital buat ujian air kencing, check paru-paru and perut tapi kena tunggu turn. Omg, Lama kot. aku punya turn tengah hari, takpa. Still boleh tunggu and breakfast dekat restoran dekat luar tu. Pukul 1 p.m turn aku untuk check. Jantung aku berdegup dengan laju, bila nurse tu suruh aku masuk bilik rawatan. Aku takut sesuatu yang akan terjadi tapi aku masuk dengan senyum dan salam dr tu sebab setiap kali aku datang mesti dr yang sama, alhamdulillah. Kalau dr lain comfirm dia pandang aku pelik. tak pasal2 kena sound dengan dr. hahah tapi dr yang selalu rawat aku ni, dia senyum dan siap risau pasal aku mungkin sebab terlalu muda tapi macam2 penyakit aku kena, haihh maya oh maya, apa lah nak jadi ni. hurmm :( aku just doa pada tuhan semuanya okay.

Docter tanya aku, sakit apa lagi?
' tak tahu lah docter, last week saya buang air kecil tak lawas :( '
docter tu pelik, terus cakap dengan nurse buat ujian air kencing sambil senyum .
' Hati aku berdegup laju, dan aku ambil botol tu terus ke toilet untuk mengambil ujian air kencing'
bila sampai dekat counter, dia suruh aku masuk bilik rawatan balik. aku berdoa harap2 takda apa yang terjadi tapi bila dia bagitahu keputusan. dia cakap saluran pundi kencing aku kotor. Aku ingat itu je tapi ada benda lain. docter cakap badan aku kurang garam, gula, mineral dan darah :'( aku terkejut sangat bila docter cakap macam tu. docter suruh stay hospital untuk masuk air dalam badan tapi aku tak nak, aku takut. tapi akan cuba untuk menambahkan semua itu. Lepas tu, docter tanya aku punya dada sebelum ni macam mana, dah okay ke belum? tapi aku cakap belum, sebab bila aku baring sentiasa sakit susah nak bernafas. docter tu kata mungkin gastric. Oh, aku pun okay lah. tapi dia suruh aku baring dan boleh cakap " saya takda buat apa2, jgn risau. saya cuma mahu check". aku pun hurm okay.
Dia check, dia tekan and tepuk perut aku. tanya sakit tak, nafas semua di check la. and then dia suruh aku bangun untuk check belakang, bila dia check and urut or ketuk sikit. dia tanya ada sakit tak belakang ni, aku cakap ada lah, kenapa docter? docter tu diam lama betul.
dia tarik nafas panjang2, dia cakap 'awak ada batu karang' aku dah, omg! kenapa seteruk macam ni docter, then docter tu cakap aku pnya mkanan kena jga, tk boleh mnum bergas and macam2 lah. aku pun okay docter. then dia pesan next week kena dtg untuk rawatan seterusnya sebab ada satu penyakit tidak dapat diketahui lagi :'( haihhhhh

Kenapalah sampai macam ni sekali hidup aku, Ya Allah.
Berikan lah aku kekuatan untuk harungi semua ni, Ya Allah.
Aku sudah tidak larat hidup begini, Ya Allah.
Sebelum ajal aku tiba, aku mahu mohon maaf sebelum ia terlambat :'(

Lots of Love,
Maya Bellina :'( ,

Thanks V,

Semalam baik, hari ni gaduh. hurmm ni lah rutin harian kalau dengan V. Haihh kenapalah setiap hari macam ni, tak boleh nak faham. Malam tadi baik, tengah hari gaduh. Macam apa uh? dia kuat jealous, bila aku jealous dia marah. bising bising, bila aku marah dia cakap aku nak sangat dia cari orang lain? hurmm, aku tak nak kau cari orang lain. aku cakap and marah-marah sebab aku sayang kau bukan aku tak sayang. Kalau aku tak sayang kau dah lama aku buang kau jauh. Aku tak akan cari kau, call and message kau. So jangan lah nak cakap aku bukan2 yang aku tak suka kau. Aku paling meluat kau cakap macam tu. Bila aku cakap macam tu kau tahu pula marah, cakap aku ada orang lain lah. haihh If aku ada orang lain sudah lama aku jujur dengan kau weii. Aku tak akan sakit kan hati kau cuma kau nak sakitkan hati aku. Kau tak puas hati dengan aku lagi. aku tahu bukan aku tak tahu. aku bukan baru lahir semalam. Tetapi kenapa setiap malam kau harus buat aku menangis? kenapa? apa yang selama ni kau buang belakang aku tak puas lagi ke? tak puas? kau nak aku bagi apa lagi? kebebasan? aku dah bagi. kau nak cari orang lain, aku dah bagi cuma kau tak nak buat. aku tahu sebenarnya kau nak buat tetapi sebabkan kau nak jaga perasaan hati aku. hurmm :( Aku tak kisah kau nak sakit kan hati aku ke apa :'( sebab aku sudah kena macam ni banyak kali :'( kau tak nak fikirnya sama sekali. Setiap malam aku tidur dengan tangisan. setip malam ! kenapalah mesti jadi macam ni? aku mahu kau jujur dengan aku :'(

You menyesal kenal dengan I?
" Oh takdalah, cuma fikir hubungan I dan You tak serasi. I pun tak tahu lah. haih"
Oh tak serasi? means? macam mana tu?
" dont know lah maybe kita dah tak sehaluan kot. ntah lah you, i tak tahu nak cakap apa lagi"
Tkpa, I just tnye je :'(

Then You tidur lama sangattttt, I tunggu You reply text I but tak reply pun :'( dalam pkul 12 or 1 baru you call. Nasib baik You call, kalau tak I dah tidur sebab tunggu You :( hurmm

Tetapi setiap kali dia call mesti ada yang text dia :'( dia balas but aku diam je lah. bila tanya dia cakap takda orang text. hurmm, takpa lah. aku tak fikir negatif pun. aku just sabar je. bila aku diam, dia tanya kenapa tak cakap?
" hurmm, you pergi lah text. I tak marah pun. Nanti dah habis text, call lah balik okay? bye," aku terus letak phone.
then dia call balik, dia cakap kenapa letak semua. Mula lah dia marah marah and maki maki aku semua cakap dia nak buat haluan masing-masing. aku pun hurm, ikut you je lah. i tak tahu nak bagi keputusan. apa apa I ikut keputusan you jela. I tak kisah, I hanya terima, redha and lepaskannya je :(
dia tak cakap punnn, dia diam sepanjang call tu.
aku cakap dekat dia takpa lah, I nk tidur. kalau you rasa nak bagi jawapan, text jelah okay. take cares and Ily :'( aku menangis

Tadi tengah hari, aku gaduh dengan dia sebab facebook lagi. Aku dah fedup dengan facebook ni. apa lagi kau nak? aku dah suruh pegang aku punya akaun kan? haihh
aku pukul 9 smpai pkul 1 ada dekat hospital pergi medical check up tapi kau hanya nak tuduh aku bukan bukan kan? hurmm takpa lah, aku tak kisah and tak marah sebab yang online kawan aku. haihhh

pukul 3,20 dia online, aku tegur dia. tu dah kira baik aku tegur kau tahu tak, kau mana pernah nak tegur aku kalau online tak tahu lah kenapa, biarkan je lah. Bila aku comment pic kawan aku cakap dia hot semua, mula nak like like, hurm okay. takpa, tengok2 dia dah delete aku. oh shit, apahal do? benda kecil boleh settle dengan cara baik. tapi takpa, aku terima je yang kau buat. haihh tak marahhhh :'(

TAKE CARES BABY, ILOVEYOU ALWAYS <3

Lots of Love,
Maya Bellina,

Friday 25 March 2011

fcuk -.-

babe, asal dengan you? kenapa tak nak lepaskan I? bukan sebelum ni, You sentiasa nak I lepaskan You, bila I dah lepaskan You. You pula tak nak lepaskan I? Asal? sebab You tak nak lepaskan macam tu je? kenapa? Oh, You nak lempang I? sebab? I banyak sakitkan hati You? Oh god, I rasa You lagi banyak sakitkan hati I. You buat keputusan tak pernah fikir perasaan I. You tak pernah nak jaga hati I, You sanggup tipu I semata-mata nak keluar dengan abang you. Okay fine, I tak marah tapi I sabar. I tak nak maki-maki you. I tak terniat nak maki You kalau dah terpaksa macam mana? You cakap I start dulu? whoaa, I pergi sana bukan berseronok babe. I pergi buat kerja lah. I takda masa nak berseronok dekat situ. I banyak kerja harus buat. Daripada you, pergi sana bawak balik perempuan 3orang! 3orang babe! Apa semua ni babe? You buat semua ni sebab ikutkan hati sangatkan? dengar cakap abang You lagi? Lepas tu, abang you suruh tinggalkan I, okay fine. You tinggalkan I macam tu. Malam tu You text I " Sayang, I need You Back! pleasee". Yeahh, memang waktu tu I rasa sayang dekat You lagi. I memang tak nak You pergi tapi sekarang? hurmm, entah lah. Siapa yang tahan dengan perangai You macam ni? You dengan suka naik tangan dekat muka? perhhh, You ingat apa haaa? tembok? papan? kayu? senang2 You nak naik tangan macam tu. My parents pun tak pernah naik tangan dekat I, You nak naik tangan pula. You takda hak tahu tak? You fikir semua tu dulu, Boleh? belum tentu semua orang suka okay. Btw You siapa nak judge I? suruh I cermin diri dulu. Sebelum You cakap I macam tu, You cermin diri tu dulu. You sedar sikit diri. Kenapa mesti You nak samakan I dengan PELACUR? babe, pelacur dengan I lain okay. Lain sangat sangat, Dorang lacur diri dekat laki semata-mata nak duit dan puaskan nafsu lelaki macam kau! Aku tak pernah bagi diri aku dekat lelaki, aku tak pernah lacurkan diri semata-mata duit. Aku ada maruah babe. Walaupun aku teruk tapi aku tak pernah nak menggadai diri aku, faham? cuma kau tak pernah menghargai orang yang kau sayang. kau boleh cakap macam tu kannn? aku malas nak gaduh dengan kau lagi babe. Sumpah aku penat, lama2 aku punya darah tinggi naik sebab kau. Grr! Kita boleh buat haluan masing masing sekarang ni. Take cares babe !

Lots of Love,
Maya Bellina